Salam; yowa said.
Petang Ahad, aku baru bangun tido. tgk henset, ada 1 mesej mntk komen pasal dia yg risau masa depan- nk masuk zaman bekerja/kawin etc. aku gi mandi dan terpikir, hal-hal macam tu kurang difikirkan... sebab everything will always just fine. terfikir pulak kawan2, how they all, most of them so well in life. tak kiralah bagaimana mereka memilih jalannya... sambung degree, master, CAT, ACCA, other professionals, terus bekerja, terus berkahwin, atau menganggur... next time bila aku dgr balik kisah mereka; aku seronok dengan kisah kejayaan mereka. Kejayaan pula berbeza pada pandangan setiap orang. scorer memang suatu kejayaan, tapi ramai yg berjaya melalui kegagalan dan kesilapan. Pada aku, hidup dengan gembira adalah suatu kejayaan. Untuk gembira, tidak semestinya dengan wang. Kadang kala kita cuma perlu kawan, atau keluarga, kerjaya yang halal, buku, komik, komputer, internet, game, bola, lagu, siaran tv, pemandangan yang indah, kenangan terindah, or even sharing other's happiness. Memadailah sesuatu yg dapat buat kita tersenyum.
Okay,
Jumaat yang lalu aku ke KL (skang dh jadi org Subang) sebab ada briefing kat Head Office. tengahari tu cari pot nk solat Jumaat & kami (car pool manager's car) pilih masjid Wilayah yang terletak di Jalan Duta, dekat dengan HQ LHDN. lepas solat, hujan sangat lebat yg menemukan aku dengan Zainal, yang aku tak ingat nickname dia. beliau adalah 1 batch senior kita, ms di Segamat course DIB, bersama Parex (Fazdli), Hairin. Pernah jadi my classmae masa BEL part 2 kalau tak silap. Dia mula menegur aku, terharu gak dia kenal aku yg bukan batch dia. korek2 cerita, dia bekerja kat IRB (LHDN) sbelah ni la. wow, kerja dengan LHDN adalah idaman ramai. Pulit dan MatPet (both wingmate) juga bekerja di sana, lain department. Baru aku tau sbenanye dia ada sambung degree di UiTM Shah Alam, bersama Bupet (Khairul Anuar; my roomate). Bupet bekerja di... MITI? MATRADE? situ lah. balik tu baru terfikir, patut mintak no fon dia so boleh kita dapat info untuk sesiapa nk bayar PTPTN melalui LHDN (mcm aku buat). Hehehe. So, for me itu suatu kejayaan pada mereka. Seronok dengar dia bercerita, "Alhamdulillah, rezeki, kali ke 3 interview"... katanya.Hasan (wing 1D) juga IRB di Johor Bharu. kelakar pula mengenangkan dulu, Hasan yg pada disket drive PC nya ada label "Scan dulu disket" lebih kurang. hehehe. These sweet memory can also make you smile eh.
An adalah seorang lagi yg aku banggakan. Bermula dengan sikap positifnya dulu "bagi aku orientate ni suatu perkara yg baik. kalau tidak kita (pihak ter orientate) memang susah nk kenal mereka (senior/pihak meng orientate) & bila kita dah mengenali mereka, kita berkawan. banyak kita boleh belajar". yeah... tu An's thought yg memang ada benarnya. Cabaran hidup kita tidak ada yg merugikan by the way. hehehe. Siapa An? beliau webmaster blog ni, PujaAn. how's his life? i found it some kind of very simple way. susah cari kerja lepas diploma? dia kerja kontraktor, buat bangunan kalau tak silap. then kerja sebagai operation manager di 1 outlet Pizza Hut (the same path of Chibang-Khaidir i guess). dah puas buat doh (dough), buat pizza, marah makcik cleaner... last2 dia blasah (dan di blasah) [citation needed] bos dia and abscond i guess. hahaha. life's go on. kerja lak Hwa Tai si pembuat biskut as QC something i don't know. sambil melarikan diri dari JAKIM, audit, ... dia customise resume dengan sijil2 lain sebesar karpet; course for Occupational Safety & Health (OSH), and PJJ Open University. then there's shine of opportunity kat KL, MNC (multi-national company)- Siemens, yg kita tau ada jual henset. Walaupun kerja dengan ikatan kontrak, dengan gaji dan allowance dia sekarang, dia on par dengan aku yg dh melalui 1 annual increment 10% (kalau tak, aku memang kalah). Dengar cara dia kerja disitu, aku rasa dia handle kerja dia sendiri. dia cipta scope kerja. tak macam aku yg cuma menurut perintah... executable executive. hahaha. 11 Dec 2007 lalu Selangor coti, besday sultan. aku & An gi window shopping (end up i bought nothing) & ketika di IKEA, aku teruja dengan cara dia melayan bos dia si mamat German (and his wife). what a rapport. memang la mcm just formality- tegur bos bila jumpa kat mane2, tp cara dia tegur tu. dengan english-jawa dia tu, cakap mesti ada seloroh... hebat. 1 basic rule bila berada di kompeni besar- make people up there know u for your good things. jangan femes pasal hal tak baik.
Well, Budin (Padli) is a legend! Lepas diploma, tak dapat sambung degree, kerja KLCC ala2 tourist guide (Boje-ijan's path too). berapa ramai foreigners dah dia ajar tentang Malaysia. Hehehe. Budin the Legend yg femes dikalangan gadis2; kini di Oman, orang kuat kedutaan kita di sana (well... maybe tak kuat mane. kid you), antara lelaki batch kita terawal berkahwin, ber-rumah, ber-baby (soon eh?). Bila aku fikir balik, dulu, rasanya macam takde pon planning hidupnya jadi begini. Din, is your life is what you imagining while you diploma? nop i guess. (atleast that 'wife' part not until you graduated right?! hehehe). Budin the Legend; tak pernah balas surat peminat. pernah dapat hadiah lighter+lilin, peringatan jangan melakukan onar. well... dia (sender) xkenal ngat Budin kot, but it's kind of creative by the way. (Budin's Self-Defensive of Onar!) heehhe. And Budin & Wife sure happy out there. Budin, you must be happier than Donald Trump eh. we are all happy for you then.
Well, dah kul 5 lebih. rasa nk makan makanan ringan lak. better stop here. Kawan2 lain juga sangat di banggakan. Batu (Hairil) dgn Sime Darby nya, Kobes (Reza Hafiz) dengan 'going professional'nya, Buloh (Bazli) dengan Burger King nya, Bai (Elias) dengan EY nya, Boje, Ieza, Shahriman, Poochow (Hanif), Waco (Firdaus), Basir (Ridzuan), Taipa, Hairin, dengan bank masing2. Wishing all of you... us, always happy! till then, tsuzuku.